"SATU SUMBANGAN, SERIBU KEBERKATAN:
BERSAMA KITA MENYOKONG PENDIDIKAN AL-QURAAN"

Di sudut kecil Jalan Sikamat,Seremban berdiri sebuah institusi yang penuh barakah – Maahad Tahfiz As Salihin. Di sini, kami mendidik seramai 250 pelajar, termasuk anak-anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan.
Ramai ibu bapa memilih menghantar anak-anak mereka ke sini, bukan kerana mereka berkemampuan, tetapi kerana impian mereka besar – melahirkan anak-anak yang menghafaz Al-Quran. Namun, hakikatnya, tidak ramai yang mampu membayar yuran.
Bagi kami, tiada anak yang patut dinafikan peluang ini hanya kerana kekangan kewangan. Atas dasar itu, Maahad Tahfiz As Salihin berusaha menaja pelajar-pelajar yang memerlukan, memberikan mereka tempat untuk belajar, tinggal, dan terus mengejar impian mereka menjadi Huffaz Al-Quran.
Tetapi dengan jumlah pelajar yang semakin ramai, kos operasi maahad terus meningkat. Dari penyediaan makanan, bil utiliti, sehinggalah kepada gaji guru-guru yang berdedikasi, semuanya memerlukan dana yang besar. Apabila dana tidak mencukupi, pihak maahad terpaksa mengeluarkan dana sendiri untuk memastikan operasi ini tidak terhenti.
Namun, perjuangan ini tidak boleh kami lakukan sendirian. Kami memerlukan sokongan dan sumbangan ikhlas daripada insan-insan budiman seperti anda.


"Bagaimana Anda Boleh Membantu?"

Jom, mulakan langkah kebaikan ini hari ini!
Jom, kita bantu mereka dengan Infaq Maahad Tahfiz As Salihin. Dengan Serendah RM 5, anda boleh memastikan mereka terus belajar dan menghafaz Al Quran Dengan Baik !!
LOKASI KAMI:
Maahad Tahfiz As Salihin
Jalan Sikamat lama Mukim Pantai, Seremban, Malaysia, 71700
0102207865 Ustaz Salleh (Pengetua)